• PROGRAM LA21 PUTRAJAYA

    SOSIAL

    1. Integrasi sosial dan aktiviti kemasyarakatan bagi menggalakan dan mengeratkan hubungan sosial seperti sukan rakyat, motivasi pelajar, pengawasan kejiranan (neighbourhood watch), dan lain-lain aktiviti yang turut meliputi aspek keselamatan seperti program kesedaran dan pencegahan jenayah.


    ALAM SEKITAR

    1. Program kitar semula, aktiviti gotong-royong bagi pembersihan kawasan kejiranan dan pertandingan melukis yang bertemakan alam sekitar untuk peringkat kanak-kanak sekolah adalah digalakkan. Pelaksanaan program ini akan dapat meningkatkan kerjasama di antara komuniti dan rasa tanggung jawab terhadap alam sekitar.


    EKONOMI

    1. Menggalakan aktiviti ekonomi yang boleh menyumbang kepada proses kesedaran terhadap alam sekitar seperti penghasilan produk-produk yang mesra alam sekitar.
    2. Penjualan bahan-bahan untuk program kitar semula bukan sahaja boleh memelihara alam sekitar, malah boleh memberi sedikit pulangan ekonomi kepada masyarakat setempat.
    3. Komuniti juga digalakkan untuk menyertai aktiviti Kebun Pertanian Bandar dan Kebun Kelulut Komuniti di Putrajaya. Komuniti dapat menjana pendapatan melalui penjualan hasil-hasil pertanian mereka.


    PROGRAM LA21 PUTRAJAYA