Perkhidmatan Individu
Sistem Kompaun
Kini anda boleh menyemak dan membayar kompaun atau saman anda pada bila-bila masa, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
1) Semakan Kompaun
Pengguna yang berdaftar boleh Login dan membuat semakan dalam talian menggunakan:
- No. Kad Pengenalan
- No. Kenderaan
- No. Kompaun
- No. Pasport
- No. Pendaftaran Perniagaan
- No. Saman
2) Bayaran Kompaun
Sekiranya anda ingin membuat bayaran kompaun secara dalam talian, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.
- Jika anda telah mendaftar, sila Login.
Cara Membuat Rayuan Atau Pembayaran Kompaun/Saman
(A) Rayuan kompaun:
- Sila Login terlebih dahulu.
- Pilih menu Kompaun.
- Klik Carian Kompaun.
- Buat carian menggunakan No. Kad Pengenalan, No. Kenderaan, No. Kompaun, No. Pasport, No. Pendaftaran Perniagaan atau No. Saman.
- Masukkan maklumat carian dan klik Carian.
- Pada paparan keputusan carian, pilih kompaun atau saman yang hendak dirayu, kemudian klik Rayuan.
- Masukkan alasan rayuan dan klik Hantar.
- Keputusan rayuan boleh disemak dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh rayuan dikemukakan.
(B) Pembayaran kompaun:
1) Melalui Sistem Kompaun
- Sila Login terlebih dahulu.
- Pilih menu Kompaun.
- Klik Senarai Kompaun.
- Buat carian menggunakan No. Kad Pengenalan, No. Kenderaan, No. Kompaun, No. Pasport, No. Pendaftaran Perniagaan atau No. Saman.
- Masukkan maklumat carian dan klik Carian.
- Pada paparan keputusan carian, pilih kompaun atau saman yang hendak dibayar dan klik Bayaran.
- Pembayaran boleh dibuat melalui perkhidmatan FPX.
2) Bayaran di Kaunter
- Bayaran boleh dibuat di Kaunter Bayaran, Pusat Khidmat Pelanggan Perbadanan Putrajaya.
3) Pembayaran Secara Dalam Talian
a) Maybank2u (1 transaksi bagi setiap kompaun/saman)
- Pay Bills
- New Payment – Pay Bills
- Cari - PERBADANAN PUTRAJAYA COMPOUND
- Ref 1 : No. Kompaun / No. Saman
- Ref 2 : No. Telefon
- Masukkan kadar bayaran kompaun/saman.
- Tekan Bayar dan simpan resit bayaran tersebut.
b) CIMB (1 transaksi bagi setiap kompaun/saman)
- Pay Bil
- Pay To - PERBADANAN PUTRAJAYA LAIN-LAIN BAYARAN
- Event : No. Kompaun / No. Saman
- REF 2 : No. Telefon
- Masukkan kadar bayaran kompaun/saman.
- Tekan ‘Bayar’ dan simpan resit bayaran tersebut.

