• Pengurusan Bencana Perbadanan Putrajaya

    JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA PPJ

    Pengenalan

    Dahulunya dikenali sebagai Bilik Gerakan PPj dan mula aktif menjalankan fungsi dan perananya bermula 5 Mei 2013. Bermula November 2017 pasukan ini telah ditambah baik dan dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Bencana PPj.

     

    OBJEKTIF PENUBUHAN

    Objektif penubuhan pasukan ini adalah seperti berikut :

    • Memastikan suatu mekanisme ‘pelaporan’ yang lebih sistematik & terancang diwujudkan terhadap sebarang insiden atau kejadian yang berlaku di sekitar lokaliti Putrajaya, khasnya kepada pihak pengurusan tertinggi PPj ;
    • Memastikan suatu tindakan reaktif akan SEGERA dapat dilaksana atau diambil sama ada oleh pihak PPj ataupun oleh pihak berkuasa berkenaan lain di sekitar Putrajaya, semasa berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini di lokaliti Putrajaya.
    • Memastikan suatu koordinasi dan jaringan-kerja yang rapat dan mapan akan diwujudkan antara sesama Jabatan/Agensi Kerajaan di Putrajaya, semasa berlakunya apa-apa insiden di lokaliti Putrajaya; dan
    • Melatih supaya warga kerja PPj akan lebih bersikap siap-siaga di dalam menghadapi sesuatu situasi atau krisis di luar jangkaan yang berlaku di lapangan di sekitar Putrajaya.

    KEAHLIAN JAWATANKUASA

    Keahlian jawatankuasa ini terdiri daripada pelbagai jabatan dalaman PPj dan pasukan bantuan juga terdiri daripada kakitangan PPj mengikut kepakaran masing-masing. Matlamat utama adalah untuk memberi bantuan dan penyelesaian segera kepada bencana/insiden yang boleh diselesaikan dalam kapasiti logistik dan kemampuan PPj sendiri. Antara bencana/insiden yang diuruskan oleh pasukan ini ialah banjir kilat, pokok tumbang, pencemaran tasik, kemalangan dan sebagainya.

    Jika didapati bencana yang berlaku memerlukan pengembelangan sumber daripada agensi luar makan perkara ini akan di bawa ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) untuk tindakan lanjut.