• PROGRAM LA21 PUTRAJAYA


    Siri Bicara Nur Ramadan LA 21 Putrajaya

    SIRI BICARA NUR RAMADAN LA21 PUTRAJAYA (4 SIRI)

    Program Bicara Nur Ramadan LA 21 dapat menerapkan prinsip dan nilai taqwa di dalam seluruh aspek kehidupan, di kalangan komuniti Putrajaya melalui penganjuran program islamik, yang dapat menambah ilmu pengetahuan dan kefahaman dalam perjalanan rohani menuju taqwa iaitu sebuah darjat kesempurnaan insan yang tertinggi di sisi Allah SWT.

    Penganjuran program ini juga membantu merealisasikan program-program yang boleh menyokong semua prinsip Blueprint Masyarakat Sejahtera Putrajaya.  Aspek kebahagiaan dan kegembiraan komuniti adalah penting dalam pembangunan dan pengurusan sesebuah perbandaran dan indeks kegembiraan penduduk diukur secara tahunan daripada Indikator Bandar Mampan Putrajaya (Murninets Putrajaya).

    Siri Bicara Nur Ramadan LA 21