• Ada kemusykilan tentang kami ?

    Ketahui apa yang berlaku dan temukan pengalaman baru di Putrajaya.

    EMEL

    E-mel ppjonline@ppj.gov.my dan kami akan sedia membantu dengan semua soalan anda.

    TELEFON

    Telefon kami di +603 8000 8000 untuk bercakap dengan pasukan Sokongan kami.

    SOALAN SOALAN LAZIM

    Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya adalah diperuntukan kepada komuniti yang menetap di Wilayah Persekutuan Putrajaya sahaja.

    Permit pengkebumian atau perkuburan yang dikeluarkan oleh pihak Hospital atau PDRM.  Dokumen perlu diserahkan kepada Pejabat Pentadbiran Taman Selatan, Presint 20, Putrajaya bagi tujuan rekod.

    Waktu ziarah pusara ditetapkan pada jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam sahaja.

    • Waris dibenarkan membuat penanaman rumput dan pokok hiasan di atas pusara selepas 2 minggu penyelenggaraan pusara selesai dilaksanakan serta batu nesan kekal siap dipasang dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada pegawai Perbadanan yang bertugas.
    • Hanya tanaman pokok-pokok hiasan renek yang tidak merimbun dan berduri sahaja dibenarkan.
    • Segala bentuk binaan dan kepungan (kepok) di pusara adalah TIDAK DIBENARKAN bagi mengekalkan keseragaman pusara tanpa binaan.

     

     

    Cukai yang dikenakan oleh PPj ke atas pemilik harta untuk menyediakan perkhidmatan, penyelenggaraan dan pembangunan Putrajaya.


    Beberapa kadar peratus (%) daripada Nilai Tahunan. 

    BIL

    JENIS HARTA

    KADAR (%)

    1

    TANAH KOSONG – RUMAH SESEBUAH

    3

    2

    TANAH KOSONG – SELAIN SESEBUAH

    5

    3

    TANAH KOSONG – KOMERSIAL/INDUSTRI

    8

    4

    KEDIAMAN DI BAWAH HARGA RM150,000

    5

    5

    PANGSAPURI DENGAN HAKMILIK STRATA

    5.5

    6

    PANGSAPURI TANPA HAKMILIK STRATA

    6

    7

    RUMAH SESEBUAH, BERKEMBAR, TERES, RUMAH BANDAR DLL

    6

    8

    KOMERSIAL – KEDAI, PEJABAT, INDUSTRI, TADIKA, SEKOLAH SWASTA, KOMPLEKS PEJABAT @ PERNIAGAAN

    8

    Ya, semua harta samada bangunan atau tanah kosong boleh dikenakan cukai taksiran.

    i) Bangunan

    Anggaran sewa kasar setahun yang dijangka munasabah diperolehi daripada bangunan berkenaan.


    ii) Tanah kosong

    10% daripada nilai harga pasaran tanah.

    Cukai taksiran yang perlu dibayar adalah seperti berikut :-

    Nilai Tahunan X Kadar peratusan cukai taksiran


    Contoh :-

    Nilai Tahunan   =           RM 10,000.00

    Kadar               =           5%

    Cukai Taksiran  =           RM 500 setahun/ RM 250 untuk 6 bulan

    Penentuan Nilai Tahunan masih lagi sama iaitu berasaskan anggaran sewa kasar setahun yang dijangka munasabah diperolehi sekiranya harta tersebut disewakan.

    Perbezaan tersebut disebabkan oleh:-

    • Keluasan lantai bangunan (tambahan / ubahsuai)
    • Kedudukan unit seperti unit tepi/tengah/hujung
    • Kegunaan harta
    • Keistimewaan/keunikan harta tersebut


      Nilai Tahunan akan kekal sehingga Penilaian Semula kecuali terdapat pindaan kepada Senarai Nilaian mengikut Seksyen 144,  Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).  Pindaan Senarai Nilaian dibuat atas sebab-sebab berikut:-

      •           Bangunan baru

      •           Bangunan diubahsuai/ tambahan binaan

      •           Bangunan runtuh atau dirobohkan

      •           Keluaran hakmilik baru

      •           Perubahan nilai pada harta yang disebabkan oleh peruntukan undang-undang berkaitan dengan perancangan

      •           Pembetulan penilaian sedia ada

      Boleh.  Apabila pemilik menerima Notis Pindaan Senarai Nilaian dan tidak berpuashati dengan cadangan Nilai Tahunan yang dinyatakan dalam notis, pemilik boleh mengemukakan bantahan bertulis dalam tempoh 14 hari selepas tarikh Notis Pindaan Senarai Nilaian dikeluarkan.

      Setiap bantahan yang layak akan didengar oleh PPj melalui Mesyuarat Jawatankuasa Mendengar Bantahan Cukai Taksiran.

      Lokasi, tarikh dan masa Mesyuarat Mendengar Bantahan akan dinyatakan di dalam Notis Mendengar Bantahan setelah anda mengemukakan bantahan secara bertulis ke Bahagian ini.

      Pemilik atau wakil yang diberi kuasa.

      Tuan/puan boleh membuat bantahan berdasarkan alasan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 142 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) :    

      • Cadangan Nilai Tahunan tinggi / rendah.

      Contoh: Sewa setahun yang munasabah bagi harta tuan/puan adalah RM 18,000 tetapi Nilai Tahunan yang dicadangkan adalah RM 30,000 ataupun keadaan sebaliknya.


      • Harta tuan/ puan tidak sepatutnya atau tidak boleh dikenakan cukai taksiran.

      Contoh: Sekolah, rumah ibadat, kemudahan awam dan lain-lain.


      • Harta lain tertinggal untuk dinilai ataupun tidak dinilai.

      Contoh: Pihak PPj tidak menilai atau mengenakan cukai taksiran bagi harta milik jiran tuan/puan.


      • Nilaian sepatutnya dibuat secara bersama / berasingan.

      Contoh: Kedai pejabat  3 tingkat yang dijual strata kepada pemilik yang berbeza tetapi dinilai secara bersama dalam satu Nilai Tahunan kepada satu pemilik sahaja.

      Cukai taksiran dan yuran penyelenggaraan adalah dua (2) perkara yang berbeza.  Yuran penyelenggaraan adalah untuk menyelenggara kawasan gunasama harta kediaman strata tuan/puan.  Manakala cukai taksiran adalah untuk perkhidmatan perbandaran seperti membaiki jalan, kemudahan rekreasi, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

      Bil Cukai Taksiran dikeluarkan dua kali setahun iaitu pada setiap bulan Januari dan Julai bagi setiap tahun.

      Tempoh akhir pembayaran Bil Cukai Taksiran adalah pada 28/29 Februari dan 31 Ogos setiap tahun.

      Selepas tarikh itu, Caj lewat bayar akan dikenakan mengikut kadar RM 10.00 sahaja. Juga akan dikemukakan kepada pemilik-pemilik Borang E ( Notis Supaya Membayar Tunggakan Kadar). PPj  akan mengambil tindakan sivil Mahkamah bagi menuntut tunggakan Cukai Taksiran ini dan harta-harta yang tertunggak boleh disita dan dilelong.

      Jika maklumat ini tidak mencukupi, sila hubungi :- 

      Nama : Khairun Nadya Binti Nikman

      Bahagian/unit : Unit Pelancongan 

      No. Telefon : 03-8887 7519

      Emel : nadya [at] ppj [dot] gov [dot] my

      Layari Laman Web www.ppj.gov.my atau facebook page Perbadanan Putrajaya https://www.facebook.com/putrajaya/

      Sila layari laman web rasmi Perbadanan Putrajaya di www.ppj.gov.my

      Ada. Pusat Infomasi Putrajaya(I-Centre) iaitu di hadapan Kompleks Kerajaan di Parcel B, Presint 1

      Pemohon bolehlah menulis surat rasmi dengan menyatakan perkara berikut : 

       1) Tujuan Lawatan- lawatan

       2) Bilangan delegasi/pelawat 

       3) status ketua delegasi/pelawat dan dialamatkan kepada :

                                                Pengarah
                                                Bahagian Komunikasi Korporat,
                                                Jabatan Perkhidmatan Korporat,
                                                Perbadanan Putrajaya,
                                                Kompleks Perbadanan Putrajaya,
                                                No 24, Jalan Persiaran Perdana,
                                                Presint 3,
                                                62675 Putrajaya.
                                                Tel: 03-8887 7033
                                                Faks: 03-8887 5013

                                                

                                                

      PPj hanya menyediakan khidmat lawatan berpandu bagi lawatan secara secara berkumpulan dari sekolah menengah, persatuan, agensi kerajaan dan NGO.

      Tak perlu. Kebenaran hanya diperlukan bagi mengadakan lawatan berpandu dan bertaklimat di Putrajaya.

      Maklumat terperinci boleh dirujuk di http://penggambaran.ppj.gov.my/

      Permohonan & maklumat berkaitan penggambaran boleh diperolehi secara atas talian di http://penggambaran.ppj.gov.my/   

      Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian di https://spt.ppj.gov.my/acara    

      Sila klik pautan Lupa Kata Laluan di Log masuk.

      Pengguna portal yang telah mendaftar dengan portal sebelum ini, perlu mengemaskini alamat Email dan Kata Laluan terlebih dahulu bagi tujuan Log Masuk.

      Kompaun merupakan satu mekanisma penguatkuasaan yang dibenarkan oleh undang-undang di mana orang yang melakukan kesalahan ditawarkan untuk membayar satu jumlah wang sebagai ganti kepada pendakwaan di mahkamah.

      Perbadanan Putrajaya telah diberi kuasa untuk mengeluarkan kompaun berdasarkan beberapa peruntukan undang-undang -

      • Undang-Undang Kecil Jalan, Parit dan Bangunan (Pengkompaunan Kesalahan) (Wilayah Persekutuan Putrajaya) 2003;
      • Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Kerajaan Tempatan (Perbadanan Putrajaya) 2000;
      • Kaedah-Kaedah (Pengkompaunan Kesalahan)(Perbadanan Putrajaya) 2003;
      • Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa) (Perbadanan Putrajaya) 2002; dan Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Wilayah Persekutuan Putrajaya) 2002.


      • Meletakkan kenderaan menyalahi isyarat lalulintas
      • Meletakkan kenderaan di siar kaki
      • Menjalankan perniagaan tanpa lesen
      • Melakukan pengubahsuaian bangunan tanpa kebenaran 
      • Menjalankan kerja-kerja tanah tanpa kebenaran

      Sekiranya orang yang ditawarkan kompuan tidak membayar kompaun tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, pendakwaan di mahkamah akan diteruskan.

      Kadar kompaun yang ditawarkan adalah berbeza mengikut jenis kesalahan dan peruntukkan undang-undang. Kadar kompaun yang dikenakan bagi setiap kesalahan dibentuk berasaskan konsep iaitu The more you delay the more you pay. Sila rujuk jadual di bawah:

      • Akta Kerajaan Tempatan 1976

      SEKSYEN

      KESALAHAN  PERTAMA

      KESALAHAN  KEDUA

      KESALAHAN  KETIGA  

       

      Individu

      Syarikat

      Individu

      Syarikat

      Individu

      Syarikat

      69

      200

      400

      300

      600

      500

      1000

      70

      300

      600

      500

      1000

      750

      1500

      74

      100

      200

      200

      400

      300

      500

      75

      100

      200

      200

      400

      300

      500

      76

      100

      200

      200

      400

      300

      500

      77

      100

      200

      200

      400

      300

      500

      78

      200

      400

      300

      600

      400

      800

      82 (5)

      200

      300

      300

      400

      400

      500

      95

      300

      -

      400

      -

      500

      -

      97

      1800

      2000

      2000

      -

      2500

      -

      107 (5)

      80

      120

      120

      180

      200

      250

      109

      80

      120

      120

      180

      200

      250

      111

      80

      120

      120

      180

      200

      250

      112

      200

      400

      300

      600

      500

      1000

      140 (2)(a)

      200

      400

      400

      800

      600

      1000

      160

      200

      400

      400

      800

      600

      1000

      161

      300

      600

      500

      800

      750

      1000

      Mana-mana kesalahan di bawah mana-mana Undang-Undang Kecil yang diperbuat di bawah Akta

      100

      300

      200

      500

      300

      800


      • Akta Pengangkutan Jalan 1987

      SEKSYEN

      JENIS KENDERAAN

      (kecuali Motosikal bawah 250cc.)

      TEMPOH


      1 - 15 hari
      16 - 30 hari31 -60 hari

      Sek.  48

      Semua jenis kenderaan

      100150
      250

      Sek. 110

      100

      150

      250


      Sek. 79(2) Kaedah 12(1)

      Kaedah 12(2) Kaedah 12(3) Kaedah 12(4)

      Kaedah 16(1)

      Kaedah 16(2)

      -

      Semua jenis kenderaan

      100150 250
      -
      -

      Kaedah 12(3A)

      Kaedah 17B(3)

      Kaedah 17C (1)

      Kaedah 17C (2)

      140 (2)(a)

      Kaedah 44

      Kaedah 48(1)  

       -

      Motosikal bawah 250cc. (semua jenis kesalahan)50100150



      • Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974

      Mana-mana kesalahan di bawah Akta dan kesalahan di bawah mana-mana Undang-Undang Kecil yang diperbuat di bawah Akta ini boleh dikompuan tidak melebihi lima puluh peratus daripada jumlah maksima denda yang mana kesalahan itu boleh dihukum.

      Pembayaran kompaun boleh dilakukan dengan beberapa langkah -

      • Bayar tunai, kad kredit, pesanan pos *, cek *, wang pesanan * atau draf bank * di Pusat Khidmat Pelanggan, Perbadanan Putrajaya.

      Isnin – Khamis

      8.30 am – 4.45 pm

      Jumaat

      8.30 am – 12.00 tengahari

       

      3.00 pm – 4.45 pm

      * mesti dibuat atas nama PERBADANAN PUTRAJAYA

      • Bayaran dalam talian di Portal PPJ iaitu www.ppj.gov.my
      • Membayar melalui e-banking Maybank2u.com.my dan cimbclicks.com.my
      • Pesanan pos, cek, wang atau draf bank boleh dihantar ke alamat berikut:

       Perbadanan Putrajaya,
       Kompleks Perbadanan Putrajaya,
       No 24 Persiaran Perdana,
       Presint 3, 62675 Putrajaya.

      Semua rayuan kompaun boleh dibuat melalui https://erayuan.ppj.gov.my. Rayuan kompaun adalah berasaskan konsep the more you delay the more you pay.

      Maklumat lanjut boleh dihubungi:- 

      Bahagian : Seksyen Pendakwaan dan Litigasi

      No. Telefon : 03-8000 8000 samb  7371/ 7610/ 7259/ 7499/ 7078

      Emel : azura [at] ppj [dot] gov [dot] my

      Perbadanan Putrajaya (PPj) atau Perbadanan Putrajaya (PjC) adalah pihak berkuasa tempatan yang mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya. PPj adalah di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan, dan bertanggungjawab untuk kesihatan dan sanitasi awam, penyingkiran dan pengurusan sisa, perancangan bandar, perlindungan alam sekitar dan kawalan bangunan, pembangunan sosial dan ekonomi, dan fungsi penyenggaraan umum infrastruktur bandar. Ibu pejabat utama PPj terletak di Precinct 3, Persiaran Perdana, Putrajaya.

      Perbadanan Putrajaya juga merupakan pengendali perkhidmatan bas Nadi Putra, yang beroperasi di kawasan bandar Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur dan sebahagian Lembah Klang Selatan.

      Terdapat sebuah hospital kerajaan di Presint 7 dan sebuah klinik kesihatan kerajaan di Presint 9. Terdapat sebuah klinik kerajaan dalam proses pembangunan di Presint 18 dan tiga (3) lagi tapak yang telah ditetapkan untuk klinik kerajaan di Presint 6, 12 dan 19. Terdapat Klinik-klinik swasta yang beroperasi di pusat-pusat kejiranan di Presint 1 (berhampiran kompleks membeli-belah Alamanda), 3, 8, 9, dan Presint Diplomatik. Walau bagaimanapun, pada masa kini masih tiada hospital swasta yang beroperasi di Putrajaya.