PROGRAM LA21 PUTRAJAYA
Siri Bicara Sihat LA 21
SIRI BICARA SIHAT LA21 PUTRAJAYA ( 6 SIRI )
Program ini sebagai satu platform perkongsian ilmu bersama komuniti, warga kerja, rakan kongsi strategik serta pemegang taruh (stakeholders) di Putrajaya untuk memupuk rasa tanggungjawab di kalangan masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagian bagi memastikan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals (SDGs)) dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Siri Bicara Sihat LA21 Putrajaya telah dianjurkan sebanyak 6 siri, di mana dalam setiap siri seorang penceramah yang berkemahiran dalam bidang kesihatan telah dijemput untuk membincangkan topik-topik kesihatan yang menarik dan terkini berkaitan amalan pemakanan dan gaya hidup sihat dikala pandemik Covid 19 melanda dunia.