• Program Kad Pengendali Makanan Perbadanan Putrajaya

    KAD PENGENDALI MAKANAN PERBADANAN PUTRAJAYA

    Setiap pengendali makanan yang bekerja di premis-premis makanan di Wilayah Persekutuan Putrajaya perlu memiliki dua (2) jenis kad pengendali makanan seperti berikut:

    • Kad Latihan Pengendali Makanan Perbadanan Putrajaya
    • Kad Suntikan Tifoid Perbadanan Putrajaya

    Kad Latihan Pengendali Makanan Perbadanan Putrajaya dan Kad Suntikan Tifoid Perbadanan Putrajaya adalah dokumen identiti rasmi semua pengendali makanan yang bekerja di premis-premis makanan di WP Putrajaya.

    Kad ini adalah diwajibkan keatas semua pengendali makanan bagi pembuktian kehadiran Latihan Pengendali Makanan bersama suntikan Tifoid selaras dengan kehendak Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WP Putrajaya) 2016 di setiap premis makanan Putrajaya.

     

     OBJEKTIF UTAMA PENGENALAN KAD

    • Mewujudkan keseragaman Kad Latihan Pengendali Makanan dan Kad Suntikan Tifoid bagi semua pengendali makanan di Putrajaya.
    • Mengelakkan pemalsuan dokumen berkaitan Kad Latihan Pengendali Makanan dan Kad Suntikan Tifoid dalam kalangan pengendali makanan.
    • Memudahkan proses pengesahan dan pemeriksaan pematuhan terhadap keperluan Latihan Pengendali Makanan dan Suntikan Tifoid oleh pegawai pemeriksa Perbadanan Putrajaya.
    • Mewujudkan identiti khusus dan seragam bagi pengendali makanan di Putrajaya.


    KETERANGAN PERMOHONAN KAD PENGENDALI MAKANAN

    Kadar Bayaran yang dikenakan untuk setiap permohonan adalah RM20.00 bagi setiap kad

    • Permohonan kad pengendali makanan ppj boleh dibuat di pautan ini.
    • Tempoh pemprosesan Kad Latihan Pengendali Makanan Perbadanan Putrajaya dan Kad Suntikan Tifoid Perbadanan Putrajaya adalah selama 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan borang permohonan berserta dokumen sokongan yang lengkap.
    • Tempoh sah laku Kad Latihan Pengendali Makanan adalah selama lima (5) tahun dari tarikh kehadiran Latihan Pengendali Makanan.
    • Tempoh sah laku Kad Suntikan Tifoid adalah selama tiga (3) tahun dari tarikh suntikan tifoid yang diperoleh daripada klinik kerajaan atau swasta.