• FAEDAH MENYERTAI LOCAL AGENDA 21 PUTRAJAYA

    MASYARAKAT DAN INDIVIDU

    1. Pendapat dan sumbangan anda diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan program/ aktiviti bagi meningkatkan kualiti hidup anda;
    2. Meningkatkan rasa bertanggungjawab, semangat bekerjasama dan rasa kekitaan di antara komuniti;
    3. Kualiti hidup dapat ditingkatkan melalui persekitaran yang lebih selesa, nyaman dan selamat; dan
    4. Pihak Berkuasa Tempatan yang lebih peka dan berkesan kepada keperluan-keperluan anda;


    PERSATUAN, PERSATUAN, BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) DAN SEKTOR SWASTA

    1. Meningkatkan imej pertubuhan anda sebagai badan komuniti dan korporat yang bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan-keperluan komuniti ;
    2. Peluang untuk merancang dan menguruskan pembangunan alam sekitar awasan anda bersama-sama dengan pihak Berkuasa Tempatan; dan
    3. Berpeluang untuk berkhidmat untuk masyarakat;