Tasik & Wetland

Putrajaya adalah sebuah bandar yang dirancang dan dibina untuk menghadapi cabaran alaf baru. Ia adalah sebuah Bandar dalam Taman yang melihat kepada alam sebagai inspirasi, menghasilkan sebuah landskap yang dipengaruhi oleh keindahan Tasik Putrajaya. Kualiti air tasik yang tinggi adalah salah satu faktor terpenting untuk membuahkan hiasan yang cantik dan satu lagi unsur yang menjadi anugerah alam ialah dengan pembinaan Wetland Putrajaya. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang baru bukan sahaja sebuah bandar baru. Tetapi juga melambangkan kematangan Malaysia sebagai anggota komuniti global yang dinamik dan progresif yang komited kepada konsep pembangunan yang stabil.