• E-Aduan

    Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) adalah merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan penyampaian dari masa ke semasa yang telah dimudahcara oleh teknologi terkini.

    SISPAA PPj merupakan kesinambungan daripada Sistem Integrated Pemantauan Aduan Agensi Awam (iSPAAA) yang telah dibangunkan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) pada penghujung tahun 2007.

    SISPAA dapat mempercepatkan dan memudahkan proses penyampaian Maklumbalas kepada Agensi Kerajaan kerana ianya boleh dicapai oleh Pengguna pada bila-bila masa sekiranya terdapat capaian internet. 

    Jika terdapat sebarang aduan yang berkaitan dengan perkhidmatan Perbadanan Putrajaya, boleh disalurkan menerusi sistem SISPAA PPj di https://ppj.spab.gov.my