Taman yang memahat sejarah sendiri kerana dibuka secara rasmi sempena pengistiharaaan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001 dan taman ini dirasmikan pada tarikh sempena ulang tahun ke 30 Perjanjian Ramsar iaitu 2 Februari.
Taman dirasmikan pada 2 Februari 2001 oleh Tun Mahathir Mohamad.
(Perjanjian Ramsar merupakan perjanjian tertua mengenai alam sekitar di mana perwakilan 18 negara telah bersepakat mengenai pemeliharaan wetland bagi kesejahteraan manusia dan keseimbangan ekosistem)
24 spesies ikan air tawar tempatan dilepaskan di dalam sel wetland antaranya ikan jelawat, patin, pelage, belut , temakang, belida dan lain-lain lagi.
Taman wetland kini menjadi habitat pelbagai haiwan akuatik seperti pucung serandau, pangling, burung ruak-ruak dan pelbagai lagi tumbuhan akuatik.