• Ciri-ciri Taman

    • Terletak di Presint 11 dengan keluasan lebih kurang 117 ekar.
    • Dikenali dengan hutan tanah tinggi atau Hutan konifer kerana dipenuhi dengan tumbuhan dari spesies gymnosperma.
    • Taman ini mengelilingi 3 bukit (bahagian) dan setiap bahagian dihiasi dengan landskap yang berbeza.

    Terdapat 3 taman (bustan) utama di Taman Saujana Hijau iaitu :

    • Bustan Inggeris: Dihiasi deretan tumbuhan eksotik seperti sikas paku gajah, Mexican fern palm dan Zululand cycad. Terdapat juga pokok bunga semusim yang berwarna warni dan gabungan pelbagai pokok pine di tanam di sini.
    • Bustan Oriental: Berada di puncak tertinggi di taman memberikan pemandangan yang menarik semasa berada disini. Antara tumbuhan yang ditanam disini adalah podo cucur atas, damar minyak, buluh dan banyak lagi. 
    • Bustan Eropah: Terdapat pelbagai spesies pokok pine, kultivar juniper, thuja dan sikas di bustan ini.