• Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana PPj


    Jawatankuasa Logistik & Pengangkutan
    1. Menyenaraikan pengangkutan dan kelengkapan keselamatan yang diperlukan.
    2. Menyelaras peminjaman/ penggunaan keperluan dan peralatan serta penggunaan kenderaan.
    3. Mengatur jadual pemandu kenderaan mengikut keperluan operasi
    4. Bekerjasama menentukan Pusat Penempatan Sementara dan Stor Simpanan.
    5. Menyediakan keperluan dan peralatan di Bilik Gerakan, Pusat Penempatan Sementara dan Stor Simpanan.

    Jawatankuasa Media dan Hebahan

    1. Mendapatkan maklumat komprehensif supaya panggilan telefon yang dibuat oleh orang awam atau kumpulan berkepentingan terhadap isu ini dapat disalurkan dengan tepat.
    2. Merancang sidang akhbar/kenyataan akhbar supaya khalayak mendapat maklumat sahih daripada PPj
    Jawatankuasa Kewangan
    1. Mengenalpasti keperluan/bantuan kewangan semasa berlaku bencana samada untuk logistik, penempatan atau mangsa. 
    2. Mewujudkan Tabung Bantuan Bencana Alam (jika perlu) dan menetapkan syarat dan prosedur bantuan.
    Jawatankuasa Kebajikan
    1. Mengenalpasti lokasi pemindahan/penempatan kepada mangsa.
    2. Mendapatkan data penaja (badan-badan amal, NGO, orang perseorangan,  Syarikat Swasta/Awam, dll)
    3. Memastikan kebajikan staf/orang awam yang ditimpa bencana terpelihara dengan sumbangan dan bantuan yang disalurkan.
    4. Bantuan keperluan asas kerjasama dengan JKM.
    5. Bekerjasama dengan JKM untuk memastikan keadaan dan keperluan mangsa di pusat penempatan diperolehi sewajarnya
    6. Bantuan sokongan emosi & kaunseling
    7. Bantuan perubatan dan kecemasan
    8. Mewujudkan stok simpanan barang-barang bantuan / sumbangan
    Jawatankuasa Bantuan dan Menyelamat 
    1. Menjalankan tugas-tugas di bilik kawalan dan hotline
    2. Mendapatkan maklumat pengadu, alamat lokasi kejadian serta jenis bencana.
    3. Bergerak ke lokasi  dan mengenalpasti tahap bencana.
    4. Pengarah Jabatan/ ketua bahagian/ketua pasukan yang mempunyai hubung kait dan punca sesuatu bencana  atau isu perlu mengemukakan maklumat dengan kadar segera kepada  Presiden dan Pegawai Perhubungan Awam  (BKK)
    5. Membantu JK Media dan perhubungan dengan menyalurkan maklumat sahih dan tepat.