• Syarat-Syarat Kelulusan Lesen Kedai Makan/Restoran

    SYARAT-SYARAT KELULUSAN LESEN KEDAI MAKAN/RESTORAN

    1. Semua syarat-syarat yang dinyatakan di bawah perlu dipatuhi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat kelulusan lesen:-

    i.   Operator perlu memasang perangkap minyak dan gris (OGGT) jenis stainless steel.

    ii.  Operator  hendaklah menyenggarakan OGGT secara berterusan.

    iii.  Air basuhan/grey water yang terhasil daripada kerja-kerja pencucian pinggan mangkuk dan peralatan memasak atau sebagainya tidak dibenarkan dilepaskan ke dalam sIstem perparitan/longkang awam dan perlu disalurkan ke dalam sistem pembentungan.

    iv.   Hendaklah mendapatkan Suntikan TY2 dan Kursus Asas Pengendali Makanan bagi semua pengendali makanan di premis.

    v.    Hendaklah menggunakan barangan produk biodegradasi yang telah mendapat pengesahan dan pengiktirafan daripada SIRIM seperti SIRIM ECO 001 : 2018 (Compostable Products/ Biodegradable Products) dan SIRIM ECO 009 : 2016 (Biomass Based Products For Food Contact Applications) untuk bekas makanan/minuman dan beg meletak makanan/minuman/barangan. Penggunaan polistirena dan plastik tidak dibenarkan.

    vi.   Penggunaan straw plastik tidak dibenarkan.

    vii. Hendaklah menyediakan perkhidmatan WIFI di premis bagi premis makanan yang mempunyai keluasan minimum 120 meter persegi untuk kemudahan pelanggan.


    1. Syarat yang dinyatakan di bawah perlu dipatuhi dalam tempoh 6 bulan dari tarikh surat kelulusan lesen:

    i.  Hendaklah mendaptkan Sijil Halal daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

     

    Sekiranya pihak tuan/puan gagal mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan, PPj akan membatalkan lesen yang telah dikeluarkan.