Taman Warisan Pertanian



Taman Warisan Pertanian dibangunkan untuk memelihara Warisan dan Pertanian Malaysia. Taman ini juga merupakan Kompleks Pelawat di taman bercirikan senibina tradisional melayu.

3 tumbuhan seperti sireh, pokok susun kelapa dan pokok limau diletakkan berhampiran laluan tangga ke Kompleks Pelawat merupakan simbolik taman mengalu-alukan kehadiran pengunjung memasuki taman. Tiga jenis tumbuhan ini adalah sinonim dengan 3 kaum di Malaysia iaitu Melayu, India dan Cina.

Plot getah yang terdapat di dalam dusun di taman berkeluasan 9 ekar merupakan kawasan asal ladang getah Estet Prang Besar iaitu tapak awal sebelum pembangunan Putrajaya. Ladang getah ini mengandungi plot getah asal serta tanaman semula yang mengandungi 1,500pokok getah dewasa dari 71 klon seperti RRIM600 dan PB260.