Pakej Taman Awam Putrajaya
Pakej Taman Awam Putrajaya

Sedang mencari lokasi terbaik untuk beriadah santai, aktiviti team building untuk syarikat/ sekolah, aktiviti hari keluarga (family day) atau meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, rakan-rakan dan rakan pejabat?
Putrajaya menawarkan pelbagai taman awam yang bukan sahaja indah dan terancang, malah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta tarikan unik untuk semua lapisan masyarakat. Terokai pakej taman-taman di Putrajaya dan cipta pengalaman rekreasi yang lebih bermakna di tengah-tengah bandar dalam taman.
