• 2026


    PENYERTAAN PAMERAN TEKNOLOGI HIJAU DAN PRODUK EKO ANTARABANGSA (IGEM)

    FA7 & SDG 6,7,11,12,13

    Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa 2026 (IGEM2026) merupakan platform utama negara dalam mempromosikan teknologi hijau, pembangunan mampan dan penyelesaian rendah karbon yang menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pemain industri, institusi kewangan, pelabur serta rakan antarabangsa.

    Objektif :

    • Mempromosikan teknologi hijau dengan memperkenalkan inovasi dan produk mesra alam.
    • Meningkatkan kesedaran tentang kelestarian alam melalui pelbagai sesi perkongsian pengetahuan dan maklumat pembangunan mampan serta kepentingan mengurangkan kesan perubahan iklim.
    • Menyokong pertumbuhan ekonomi hijau dengan membantu mengembangkan pasaran teknologi hijau di Malaysia dan ASEAN.

    Tarikh                               :  7 hingga 9 Oktober 2026

    Lokasi                               :  Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

    Agensi  Terlibat                :  450  syarikat / agensi dari dalam dan luar negara termasuk Jabatan Wilayah Persekutuan.

    Anjuran                            :  Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)