• 2025


    MAJLIS PENYAMPIAN HADIAH PERTANDINGAN PENGUMPULAN KOTAK AIR MINUMAN TERPAKAI (UBC) 2025 (9 JULAI 2025)

    FA6 & SDG 11,12,13

    https://www.facebook.com/share/p/19t1ahrnGo/

    Tempoh :  1 April hingga 1 Jun 2025

    Objektif :  Menyokong kepada sasaran Roadmaps Putrajaya Bandar Rendah Karbon iaitu pengurangan penjanaan sisa pepejal sebanyak 30% di bawah paras nasional (2019: 1.17kg) dan peningkatan 2% kadar kitar semula setahun.

    Rakan strategik :

    • Tetra Pak Malaysia
    • Nestle MILO UHT Malaysia
    • Alam Flora Environmental Solutions Sdn. Bhd.

    (2) kategori pertandingan:

    • Sekolah Rendah
    • Sekolah Menengah

    Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kotak Air Minuman Terpakai (UBC) 2025 telah berlangsung pada 9 Julai 2025 dan telah disempurnakan oleh TPr. Puan Hjh. Salmah Binti Salman, Naib Presiden Perancangan Bandar, Perbadanan Putrajaya di Sudut Lestari, Lobi Blok C&D, Kompleks PPj. 

    Seramai 8 penyertaan telah diterima yang terdiri daripada 2 buah sekolah rendah dan 6 buah sekolah menengah dengan jumlah keseluruhan pengumpulan UBC sebanyak 372kg. Pemenang telah menerima hadiah berupa wang tunai, sijil, trofi dan hadiah iringan.