• Acara Dan Aktiviti

    Kenduri Wilayah WP Putrajaya

    Share
    23 Feb 2020
    Kompleks Futsal Mokhtar Dahari, Presint 18, Putrajaya.
    8:00 AM - 1:00 PM

    Jom orang Putrajaya ke Kenduri Rakyat WP Putrajaya

    23 Februari 2020 | 8.30 am - 1.00 pm | Kompleks Futsal Presint 18 Putrajaya

    Kenduri Rakyat Wilayah Persekutuan Putrajaya merupakan acara kemuncak bagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 dengan objektifnya untuk menanam semangat kebersamaan dan keharmonian di kalangan warga Putrajaya. Acara yang diadakan serentak dengan Karnival Sukan Wilayah Persekutuan Putrajaya merupakan anjuran bersama PPj, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Putrajaya.