• Makluman

    Makluman Perkhidmatan Bas Nadiputra

    Share
    Awam
    29 Dis 2022 - 31 Mac 2023

    Makluman Perkhidmatan Bas Nadiputra

    Untuk makluman semua perkhidmatan Nadiputra pada 1 Januari 2023.

    Perkhidmatan bas henti-henti Putrajaya akan dioperasikan oleh Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) bermula 1 Januari 2023 dengan mengekalkan nama perkhidmatan bas sebagai Bas Nadiputra.

    Sebanyak tujuh (7) laluan diperkenalkan yang akan beroperasi bermula jam 6.30 pagi
    hingga 8.00 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan dari jam 7.00 pagi hingga 8.00 malam pada hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am.

    Kadar tambang sebanyak RM1 sehala untuk enam laluan manakala satu laluan iaitu laluan P101 adalah percuma.

    Pembayaran tambang secara tanpa tunai mengunakan kad Touch n Go. Diskaun kadar tambang layak dimohon oleh golongan warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelajar.

    Maklumat berkenaan operasi perkhidmatan bas henti-henti dan laluan ini boleh di dapati di: laman web: www.myrapid.com.my, Facebook: @myrapid, Talian Bantuan: 03-7885 2585 atau emel: suggest@rapidkl.com.my

    Dapatkan kit informasi perkhidmatan bas Nadiputra di sini --> [Laluan bas Nadiputra Putrajaya 2023]