Makluman

Kepelbagaian Pembayaran Tanpa Tunai 'Cashless’ Tempat Letak Kereta Berbayar Putrajaya

Share
Awam
12 Sep - 31 Dis 2021

Orang ramai boleh menggunakan aplikasi mudah alih dan e-wallet seperti Park by Phone, Flexi Parking, Jom Parking, Touch n Go, Touch n Go e-wallet, Boost, GrabPay, Visa dan Maybank QRPay bagi pembayaran caj tempat letak kereta mereka.

Penggunaan pelbagai aplikasi mudahalih dan e-wallet ini bertujuan untuk memberi pilihan kepada orang ramai membuat bayaran dan menikmati perkhidmatan TLK dengan lebih mudah, pantas dan selamat. 

Dalam masa yang sama, PPj ingin menggalakkan orang ramai supaya meletakkan kenderaan di lokasi yang betul bagi mengelakkan mereka daripada dikompaun.

PPj berharap agar orang ramai dapat menyesuaikan diri membayar caj TLK dengan mudah melalui pembayaran tanpa tunai (cashless) ini.