Makluman

Festival Bercerita Putrajaya 2021

Share
Awam
18 - 22 Mac 2021

Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Malaysian Board On Books For Young People (MBBY)  akan menganjurkan Program Bercerita “Gemilangnya Putrajaya” bersempena Sambutan Jubli Perak Putrajaya yang akan diadakan secara maya pada 20 dan 21 Mac 2021 jam 3:00-5:00 petang.

Program ini merupakan kesinambungan dari kerjasama yang telah terjalin antara PPj dan MBBY  pada tahun 2020 dalam menghasilkan buku cerita kanak-kanak berjudul “Gemilangnya Putrajaya!” (Magnificient Putrajaya).  Program yang berkonsepkan perkongsian ilmu ini akan melibatkan sesi bercerita dari penulis buku “Gemilangnya Putrajaya” yang akan dikendalikan oleh MBBY secara atas talian. Peserta dari program ini terbuka kepada semua peringkat umur dan akan mensasarkan golongan pendidik, pelajar sekolah dan semua pihak yang berminat. Penganjuran ini juga merupakan salah satu pengisian kempen “Road to 38th IBBY Congress” yang akan diadakan pada tahun 2022 di Putrajaya.

Buku Gemilangnya Putrajaya! (Magnificient Putrajaya!) mengandungi 12 cerita berilustrasi menarik yang ditulis khas oleh 12 orang penulis/illustrator terpilih dan diterbitkan pada bulan Januari 2021. Buku ini mengandungi 6 cerita dalam Bahasa Melayu dan 6 cerita dalam Bahasa Inggeris, menggambarkan seronoknya melawat dan beriadah di Putrajaya. Pembaca akan teruja dengan cerita dan keindahan Putrajaya yang diceritakan oleh 12 orang penulis/illustrator ini dan kini buku ini sudah berada di pasaran.

Penyertaan untuk mengikuti Festival ini adalah percuma dan pautan secara zoom untuk mengikuti program Festival ini di :

https://zoom.us/meeting/register/tJAlcOusqj4tGtEt3ScKNPEyqp3W0Ox-F4Xg atau imbas QR Code yang disertakan di poster Festival. Penyertaan melalui fb live https://www.facebook.com/unisel.library.