• Sistem OSC 4.0

    Bermula 17 November 2017, semua jenis permohonan kelulusan pelan pembangunan di Putrajaya diterima, disemak dan diproses untuk pertimbangan melalui Sistem Pemantauan OSC 3.0 Perbadanan Putrajaya. Sistem atas talian ini menggantikan kaedah konvensional selaras dengan visi Putrajaya Green City 2025 dan Putrajaya Smart City Blueprint. Sistem Pemantauan OSC 3.0 Perbadanan Putrajaya boleh diakses 24 jam di alamat https://osc.ppj.gov.my/

    Informasi mudah capai Sistem OSC 3.0 PPj :

    • Borang senarai semak permohonan
    • Borang senarai semak agensi-agensi teknikal luaran
    • Format dokumen yang diperlukan
    • Manual Panduan Pengguna Sistem
    • Nama, emel dan nombor telefon pegawai bertanggungjawab mengikut jenis permohonan
    • Takwim Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Mesyuarat Jawatankuasa OSC
    • Berita dan pengumuman terkini
    • Status permohonan

    Antara kemudahan dan keistimewaan Sistem OSC 3.0 PPj :

    • Permohonan dan pemprosesan sepenuhnya secara atas talian (100% online submission)
    • Sistem yang mesra pengguna
    • Penerimaan dan edaran permohonan yang pantas dan sistematik
    • Capaian maklumat yang mudah dan cepat
    • Kesediaan informasi yang komprehensif, ringkas dan mudah difahami
    • Semakan status permohonan dan pemantauan fasa pembangunan sehingga CCC
    • Aksesibiliti sistem yang berasaskan website
    • Satu sistem online untuk semua jenis pengguna
    • Reka bentuk responsif yang boleh dicapai melalui semua jenis peranti dan pelayar

    Talian Nombor (direct line) Kaunter Pusat Setempat (OSC) PPJ

    03-8887 7778 (waktu pejabat)

    Operasi Kaunter Pusat Setempat OSC

    Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 4.15 petang 

    Jumaat : 8.30 pagi - 12.00 tengahari, 

    3.00 petang - 4.15 petang