• Sistem Inventori dan Pengurusan Pokok

    PENDAHULUAN

    Sebagai sebagai sebuah pusat pentadbiran kerajaan yang moden dan terancang, aspek pengurusan dan penyelenggaraan pokok-pokok landskap di Putrajaya adalah merupakan salah satu aspek yang sangat penting dan perlu diberi perhatian. Pokok-pokok yang diurus dan diselenggara dengan baik akan  dapat memberi faedah dari segi fungsi, estetik dan ekologi bagi menghasilkan persekitaran yang kondusif dan berkualiti. Masyarakat setempat di Putrajaya juga semakin peka dengan isu-isu alam sekitar dan kepentingan pokok serta kawasan hijau.


     Untuk memastikan faedah yang diperolehi daripada penanaman   pokok adalah untuk jangkamasa panjang, amalan-amalan   arborikultur yang betul perlu dipraktikkan. Arborikultur   merupakan seni dan sains penjagaan pokok-pokok di   persekitaran bandar yang merangkumi aspek penanaman dan   penjagaan selepas menanam. Arborikultur melibatkan aktiviti   pemantauan dan penyelenggaraan pokok secara sistematik   sebaik selepas pokok ditanam supaya ia dapat hidup dengan baik   bagi mencapai objektif penanaman.

     Di dalam mengurus dan menjaga pokok-pokok landskap secara berkesan, pengurus landskap perlu mempunyai maklumat yang tepat dan terkini  mengenai pokok-pokok atau kelompok pokok yang hendak diurus. Maklumat-maklumat seperti jenis pokok, bilangan pokok, lokasi dan kedudukan pokok, saiz pokok, status kesihatan semasa pokok serta keperluan penyelenggaraan untuk setiap pokok adalah berguna dan perlu sentiasa dikemaskini. Oleh itu, kerja-kerja inventori dan pemeriksaan pokok di lapangan amat penting bagi memperolehi maklumat-maklumat tersebut. Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada aktiviti inventori berguna di dalam merancang dan membuat sesuatu keputusan berkaitan pokok-pokok landskap. Teknologi dan applikasi komputer seperti GPS, GIS dan RFID boleh membantu di dalam menghasilkan satu sistem inventori pokok yang komprehensif.

    Pihak Perbadanan Putrajaya telah menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat dan kepakaran FRIM di dalam membangunkan satu Sistem Inventori dan Pengurusan Pokok. Sistem Inventori dan Pengurusan Pokok yang dicadangkan oleh FRIM ini bersifat ’stand-alone’ dan merupakan pelengkap kepada sistem-sistem lain yang telah dibangunkan oleh Perbadanan Putrajaya contohnya e-kewangan, e-perolehan dan ERMISn. Sekiranya ada keperluan pada masa akan datang, Sistem Inventori dan Pengurusan Pokok yang dicadangkan ini boleh ditambahbaik untuk dihubungkan (interface) dengan sistem-sistem sedia ada yang diguna pakai di Perbadanan Putrajaya. Ini tertakluk kepada kemampuan software yang digunakan oleh sistem-sistem terlibat.

    Pihak Perbadanan Putrajaya telah menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat dan kepakaran FRIM di dalam membangunkan satu Sistem Inventori dan Pengurusan Pokok. Sistem Inventori dan Pengurusan Pokok yang dicadangkan oleh FRIM ini bersifat ’stand-alone’ dan merupakan pelengkap kepada sistem-sistem lain yang telah dibangunkan oleh Perbadanan Putrajaya contohnya e-kewangan, e-perolehan dan ERMISn. Sekiranya ada keperluan pada masa akan datang, Sistem Inventori dan Pengurusan Pokok yang dicadangkan ini boleh ditambahbaik untuk dihubungkan (interface) dengan sistem-sistem sedia ada yang diguna pakai di Perbadanan Putrajaya. Ini tertakluk kepada kemampuan software yang digunakan oleh sistem-sistem terlibat.

     

    MISI PROJEK

    Misi projek adalah untuk membangunkan satu Sistem Inventori dan Pengurusan Pokok Landskap yang mengambilkira aspek arborikultur di dalam pengurusan, penjagaan serta pemantauan kesihatan pokok yang efektif dan berkesan untuk memenuhi aspirasi kerajaan menjadikan Putrajaya sebuah Bandar Dalam Taman.

     

    OBJEKTIF PROJEK

    Objektif pembangunan Sistem Inventori dan Pengurusan Pokok Putrajaya adalah bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pengurusan pokok yang sistematik, cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat-matlamat berikut;

    • Mengumpul, merekod dan mendapatkan semula (retrieve) maklumat-maklumat lengkap hasil inventori pokok-pokok (data atribut) yang terdapat dalam kawasan kajian (pilot study) yang boleh dikemaskini dengan mudah.
    • Memeta lokasi setiap pokok (data spatial) dengan tepat dan menyediakan satu kaedah mengesan lokasi setiap pokok mengikut kriteria-kriteria pencarian tertentu dengan cepat dan mesra pengguna.
    • Menyediakan satu sistem pengurusan yang sistematik ke atas setiap pokok di dalam kawasan kajian termasuk aspek pemantauan kesihatan dan penyelenggaraan pokok mengikut amalan arborikultur yang betul.
    • Menyediakan satu sistem penilaian kesihatan pokok bagi memudahkan kerja-kerja pemantauan kesihatan pokok mengikut kriteria-kriteria yang tertentu

    Pautan ke Laman Web SIPP