• Ringkasan Fungsi Jabatan

    Kembali




      • Mengurus, menyelaras serta melaksanakan kerja operasi dan penyelenggaraan serta penambahbaikan pada jalan (termasuk infrastruktur di dalam rezab jalan), jambatan, terowong, cerun, sistem pengairan dan saliran, sesalur kabel ICT, lampu jalan, lampu isyarat, tempat letak kereta, taman permainan kanak-kanak, pesisiran tasik, common utility trench, terowong monorel/LRT, sistem lalu lintas dan trafik serta lain-lain komponen infrastruktur milik Perbadanan Putrajaya;
      • Menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan jalan dan infrastruktur merangkumi pelantikan perunding, reka bentuk, perolehan, pembinaan, pengurusan projek, penyeliaan sehingga ke peringkat penyerahan projek selaras dengan peruntukan yang diluluskan serta mematuhi spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan;
      • Mengurus, mentadbir dan menyelia bagi kontrak kerja-kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan bangunan milik Perbadanan Putrajaya, kuarters pangsapuri kerajaan, kompleks kejiranan, medan selera, perpustakaan, pasar, depoh penyelenggaraan, krematorium, Pusara Negara, Dataran Pahlawan, taman awam, kemudahan awam dan gelanggang permainan; dan
      • Menguruskan pelaksanaan projek-projek pembinaan bangunan dan kemudahan awam merangkumi bidang seni bina, kejuruteraan awam dan struktur, serta kejuruteraan mekanikal dan elektrikal yang melibatkan kerja-kerja pelantikan perunding, penyediaan reka bentuk, pengurusan perolehan, pembinaan, pengurusan projek dan penyeliaan sehingga ke peringkat penyerahan projek selaras dengan peruntukan yang diluluskan, memenuhi kehendak pelanggan serta mengikut spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan.


      • Menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan jalan dan infrastruktur; dan
      • Mengurus pelantikan perunding, reka bentuk, perolehan, pembinaan, pengurusan projek, penyeliaan sehingga ke peringkat penyerahan projek selaras dengan peruntukan yang diluluskan serta mematuhi spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan.
      • Mengurus, mentadbir dan menyelia bagi kontrak kerja-kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan bangunan milik Perbadanan Putrajaya; dan
      • Mengurus penyelenggaraan kuarters pangsapuri kerajaan, kompleks kejiranan, medan selera, perpustakaan, pasar, depoh penyelenggaraan, krematorium, Pusara Negara, Dataran Pahlawan, taman awam, kemudahan awam dan gelanggang permainan.


      • Mengurus, menyelaras serta melaksanakan kerja operasi dan penyelenggaraan serta penambahbaikan pada jalan (termasuk infrastruktur di dalam rezab jalan), jambatan, terowong, cerun, sistem pengairan dan saliran, sesalur kabel ICT, lampu jalan, lampu isyarat, tempat letak kereta, taman permainan kanak-kanak, pesisiran tasik, common utility trench, terowong monorel/LRT; dan 
      •  Mengurus sistem lalu lintas dan trafik serta lain-lain komponen infrastruktur milik Perbadanan Putrajaya.


      Task Force Kemudahan Awam