Taman Wawasan



Taman Wawasan yang berkeluasan 137 ekar yang terletak di Presint 2 Putrajaya ini merupakan manifestasi visi dan misi negara dalam menuju masa depan yang harmoni. Taman ini mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit dan bercerun.

Taman Metropolitan yang terletak di Nusa Perdana ini menjadi tarikan kerana kedudukannya di paras yang tinggi membolehkan pengunjung menikmati pemandangan Putrajaya seluruhnya dari Pelantar Tinjau yang disediakan.

Di dalam taman ini terletaknya Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) yang mana merupakan Kompleks Kerajaan Persekutuan.

Selain itu, Taman Wawasan juga mempunyai Aqua Plaza (Plaza Air) serta Amfiteater yang selesa dan kondusif untuk sebarang penganjuran program dan aktiviti. Taman ini juga terkenal dengan Pantai Kerikil (Pebble Beach) yang tersusun indah dan menjadi tarikan pengunjung. Pelbagai aktiviti riadah sesuai dijalankan di Taman Wawasan seperti joging, berkelah, berbasikal dan sebagainya.