Taman Saujana Hijau



Taman Saujana Hijau dikelilingi oleh tumbuhan gymnosperma seperti pokok pine, juniperus, thuja dan banyak lagi. Tumbuhan gymnosperma dikenali juga oleh sebilangan saintis sebagai fosil hidup kerana ia telah wujud sejak zaman Devon (410-360 juta tahun lalu) sebelum era dinosaur.

Terdapat tumbuhan sikas asli dari Queensland, Australia iaitu Black Boy (Macrozamia moorei) yang memiliki mahkota seperti pohon kurma dan batang besar berwarna hitam bercorak seperti sarang lebah.

Terdapat 3 bustan (taman) yang berbeza dibina pada setiap bahagian / bukit yang ada di taman ini iaitu Bustan Inggeris, Bustan Oriental dan Bustan Eropah. Ketiga-tiga bustan ini terdapat wakaf yang dibina bercirikan setiap bustan iaitu rekabentuk Inggeris, China, dan Eropah.