• Pelancongan Acara


    Waterski & Wakeboard Putrajaya

    Kejohanan Dunia Ski Air pertama di Putrajaya diadakan pada tahun 2017. Hingga kini, kejohanan ini berjaya menarik lebih 5 juta pengunjung. Kejohanan ini dianjurkan oleh Persekutuan Luncur Air dan Wakeboard Antarabangsa (IWWF). Pada Ogos 2019 seramai 134 atlet dari 32 buah negara berentap dalam Kejohanan Dunia Ski Air 2019 yang berlangsung di Pusat Sukan Air, Presint 6, Putrajaya. Tiga kategori dipertandingkan iaitu Trick, Jump dan Slalom, merangkumi Wakeboard, Wakeboard Kabel, Ski Air Kabel, Ski Air Orang Kurang Upaya, Ski Pertunjukan, Lumba Ski, Barefoot Skiing dan Luncur Bangun. Kemudahan lengkap bertaraf antarabangsa menjadikan ia sesuai untuk pelbagai aktiviti sukan air. Diantara kejohonanan yang pernah diadakan disini adalah Sukan Sea ke-29 2017, Kejohanan Asia IWWF 2011; 2KM Core Island Swimming dan Oceanman Malaysia. 


    WATERSKI & WAKEBOARD PUTRAJAYA