• Eko Pelancongan


    Taman Wetland Putrajaya

    Terletak di Presint 13, taman awam seluas 3.35 km persegi ini dibangunkan dengan tujuan mengekalkan kehijauan serta sebagai ‘Green Lung’ di dalam pembangunan Putrajaya. Tidak seperti 90 tanah lembap lain di negara ini, Taman Wetland Putrajaya adalah tanah lembap air tawar buatan manusia pertama negara, yang merangkumi 24 sel dan kawasan tanah lembap. Keindahan dan kehijauan Taman Wetland telah berjaya menjadikannya habitat kepada lebih 59 spesies burung penghijrah dan 200 spesies burung tempatan serta lebih 24 spesies ikan air tawar dan haiwan akuatik. 

    Taman Wetland menyediakan pelbagai kemudahan yang menjadi tarikan pengunjung seperti Flamingo Pond, Menara Pandang dan yang terbaru Glamping Taman Wetland yang sesuai untuk pelbagai aktiviti termasuk berbasikal, berjoging, memancing dan berkayak serta aktiviti perkhemahan, hari keluarga, eksplorasi alam dan sebagainya.


    2.9683° N, 101.6965° E


    Taman Wetland Putrajaya