• Eko Pelancongan


    Taman Rimba Alam

    Taman Rimba Alam terletak di antara Presint 14 dan 15 di bahagian timur Putrajaya. Taman ini bersempadan dengan Presint Diplomatik dan kawasan kediaman. Berkonsepkan perhutanan bandar, ia menggabungkan ekosistem hutan tropika, sungai yang mengalir dan kemudahan taman seperti denai alam semula jadi, kawasan pemandangan serta kawasan perkelahan. Pelbagai aktiviti rekreasi boleh dilakukan di sini seperti treasure hunt, orienteering, berjoging, berbasikal lasak, lawatan berpandu dan aktiviti memerhati burung.


    2.9406° N, 101.7170° E


    Taman Rimba Alam Putrajaya