• Eko Pelancongan


    Taman Putra Perdana

    Detik permulaan Putrajaya diabadikan di sini, iaitu dari sebuah estet ladang sawit, Prang Besar kepada pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Taman Putra Perdana yang berkeluasan 62.4 hektar dan terletak di titik tertinggi di Presint 1, bukan sekadar bertindak sebagai penampan antara zon semula jadi di utara dengan pejabat dan ruang komersial di Selatan dan Timur tetapi juga penyimpan dokumen rasmi dan sejarah pembinaan Putrajaya yang tertanam taman ini di dalam Kapsul Masa. 

    Tarikan utama taman ini ialah Mercu Tanda Putrajaya, monumen pertama yang dibina bagi meraikan pencapaian negara sempena penubuhan Putrajaya pada 1995. Dua bangunan ikonik - Istana Melawati dan Hotel Grande Pulse juga terletak di sini. Tarikan lain termasuk taman herba, trek joging, taman bunga dan gazebo.


    2.9456° N, 101.6083° E


    Taman Putra Perdana