PROGRAM LA21 PUTRAJAYA
Senaman Tabata: Fat To Fit@Putrajaya
Perbadanan Putrajaya menerusi Program Local Agenda 21 Putrajaya dengan kerjasama dengan Bahagian Kesihatan Persekitaran, Jabatan Perkhidmatan Bandar, dan Fattofit Enterprise menganjurkan program kesihatan ini sebagai salah satu usaha menangani masalah berat badan dan obesiti khususnya di kalangan warga kerja dan komuniti Putrajaya.
Objektif utama program adalah:
- Mewujudkan program yang membentuk Komuniti Lestari dan Sihat yang selaras dengan matlamat Sustainable Development Goals (SDG’s).
- Menggalakkan amalan gaya hidup sihat selaras dengan hasrat untuk membentuk Putrajaya ke arah Bandar Sihat.
- Membantu membendung masalah berat badan dan obesiti komuniti.
- Memberi latihan dan bimbingan individu yang mempunyai masalah berat badan berlebihan untuk menurunkan berat badan bagi meningkatkan tahap kesihatan individu dan komuniti.
Program ini memenuhi dan selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals) iaitu:
- SDG 3 : Kesihatan yang Baik dan Sejahtera (Good Health and Well-Being)
- SDG 11 : Bandar dan Komuniti Mampan (Sustainable Cities and Communities)
1) Senaman Tabata@Dataran Putrajaya
- Tarikh : 12 November hingga 31 Disember 2022 (Setiap Pagi Selasa)
- Lokasi : Dataran Putrajaya, Presint 3 Putrajaya