• Destinasi Makanan & Membeli Belah


    Restoran Seri Empangan

    Menikmati hidangan makan malam berasaskan makanan laut serta berlatarbelakangkan panorama landskap malam yang indah bercahaya dan yang paling istimewa ditemani bunyi deruan air empangan. Restoran ini turut menyediakan pelbagai jenis menu lain pada harga yang berpatutan. Terletak di Presint 5 Putrajaya, Seri Empangan menyajikan resipi yang lazat serta pemandangan yang memukau terutama pada waktu malam antaranya ikan bakar, masakan tradisional Melayu, makanan laut, minum petang, masakan panas, kuih muih Melayu dan bubur. 

    2.7222 N. , 101.9720 E 

    RESTORAN SERI EMPANGAN