• Destinasi Makanan & Membeli Belah


    Pasar Tani Putrajaya

    Pasar Tani Presint 2 Putrajaya diadakan pada setiap Selasa dan Jumaat. Pasar Tani Putrajaya ini menempatkan lebih 300 lot perniagaan dengan pelbagai barangan jualan seperti hasil laut yang pelbagai, daging segar dan ayam yang halal, sayur kampung segar dan lain lain. Selain itu, terdapat lebih 50 varieti hidangan tradisi dan moden yang sedap di sini untuk pengunjung. Antaranya kambing golek, kuetiau goreng, jagung bakar, takoyaki, karipap daging dan pisang goreng keju dan banyak lagi. 

    2.9167° N, 101.6882° E 

    PASAR TANI PUTRAJAYA