• Meeting, Incentive, Conference, Exhibition (MICE)


    Marina Putrajaya

    Marina Putrajaya menawarkan banyak aktiviti yang menyeronokkan untuk dilawati. Antara tarikan dan perkara yang boleh dilakukan ialah berenang untuk menyejukkan tubuh dan melarikan diri dari sinaran matahari tropika di kolam renang tertutup dengan harga berpatutan di Marina Putrajaya. Merupakan salah satu tarikan untuk riadah dan rekreasi yang terletak di tepi tasik di Presint 5. 

    Marina Putrajaya mempunyai 4 dewan terutamanya untuk majlis perkahwinan, penganjuran mesyuarat, persidangan dan merupakan satu-satunya kemudahan di Putrajaya yang bertindak sebagai ‘pusat rekreasi sehenti’ yang dibuka untuk umum.

    Pengunjung boleh menggunakan kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, studio aerobik, bilik sauna semuanya di bawah satu bumbung.


    2.9013° N, 101.6709° E

    https://www.marinaputrajaya.com/

    Marina Putrajaya