• Pelancongan Acara


    Light & Motion Putrajaya (LAMPU)

    Light & Motion Putrajaya yang disebut juga sebagai Lampu Putrajaya telah menjadi acara tahunan sejak tujuh tahun lalu dan kemuncak kalendar acara Putrajaya. Merupakan tarikan utama, pertunjukan pemetaan cahaya menggunakan teknologi terkini, menghidupkan keseluruhan fasad bangunan Istana Kehakiman yang mengagumkan dengan imejan dan cahaya yang menarik dan berwarna-warni. Selain itu, laluan utama Presint 3 Putrajaya yang berpusat di Kompleks Perbadanan Putrajaya berubah menjadi fantasi lampu dan aktiviti yang menyeronokkan dengan bangunan bercahaya, pokok bercahaya berwarna-warni, muzik secara langsung, gerai, trak makanan, pameran hologram, pertunjukan wayang kulit, beca (kenderaan berkuasa pedal bernyala LED), seni jalanan, pameran kawalan radio, zumba dan banyak lagi.

    2.9264° N, 101.6964° E 

    LIGHT & MOTION PUTRAJAYA (LAMPU)