• Sukan & Rekreasi


    Kompleks Sukan Air Putrajaya

    Kompleks Sukan Air Putrajaya (KOSA) menawarkan perkhidmatan sokongan untuk memenuhi pelbagai acara daripada aktiviti dan sukan mendayung kepada luncur air dan wakeboarding. KOSA juga digunakan sebagai tempat latihan untuk bakal atlet. Di kompleks ini juga tersedia kolam renang bersaiz Olimpik yang popular di kalangan warga tempatan, terutamanya pada hujung minggu. Di samping mempunyai sesi khas untuk wanita, turut disediakan kolam mandi untuk kanak-kanak di bawah usia 10 tahun, bilik persalinan, restoran dan tandas.


    2.9014° N, 101.6674° E


    Kompleks Sukan Air Putrajaya