• Senibina Ikonik


    Kompleks Seri Perdana

    Kompleks Seri Perdana merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia dan tempat menyambut serta meraikan majlis-majlis bersama ketua-ketua negara, ketua-ketua kerajaan, pembesar-pembesar negeri dan orang ramai. Seri Perdana dibina pada 1997, di atas tapak seluas  42.5  ekar  mengikut  kontur  anak  bukit  dengan  mengekalkan  struktur  geografi  alam  semula  jadi  selaras  dengan  konsep perancangan Putrajaya sebagai sebuah Bandaraya Taman. Terletak di Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya, kompleks ini mencerminkan keunggulan seni bina, landskap dan reka bentuk yang menggabungkan warisan sejagat reka bentuk Melayu, Islam dan Eropah. Bahagian tertentu di Seri Perdana yang dibuka kepada umum iaitu Blok Protokol dan Blok Bankuet.  

    https://www.pmo.gov.my/

    2.9528° N, 101.6894° E

    Kompleks Seri Perdana