• Pelancongan Islam


    Kompleks Nasyrul Quran

    Kompleks Nasyrul Quran yang terletak di Presint 14, Putrajaya merupakan Pusat Pencetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd di Madinah. ‘Nasyrul Quran’ diilhamkan daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘Penyebaran al-Quran’. kompleks ini menyasarkan percetakan sejuta naskhah al-Quran setahun dengan 70 peratus untuk kegunaan domestik manakala selebihnya boleh diwakafkan kepada negara lain yang memerlukannya. Kompleks ini juga mempunyai galeri pameran, ruang latihan kemahiran, bilik mesyuarat, surau, kafeteria, galeri melihat proses percetakan, dan pejabat pentadbiran dan pengurusan. 

    2.9501° N, 101.7289° E 

    Kompleks Nasyrul Quran