• Pelancongan Islam


    Kompleks Islam Putrajaya

    Terletak di Presint 3, Putrajaya, Kompleks Islam Putrajaya (KIP) dibangunkan di atas tanah berkeluasan 2.28 hektar, siap dibina sepenuhnya pada Ogos 2016. KIP yang terdiri daripada empat blok bangunan dilengkapi pelbagai kemudahan. Dibangunkan berdasarkan seni bina bandar moden yang cantik, yang menggabungkan harmoni seni bina Islam tradisional dan reka bentuk moden. Konsep bangunan KIP dibina bertujuan untuk merealisasikan persekitaran bekerja yang lebih luas dan nyaman. Kemudahan akses bagi orang kurang upaya juga disediakan di setiap kawasan strategik. 

    2.9171° N, 101.6822° E 

    Kompleks Islam Putrajaya