• Sukan & Rekreasi


    Kelab Tasik Putrajaya

    Ditubuhkan Februari 2002, Kelab Tasik Putrajaya yang berkonsepkan keahlian ini menyediakan kemudahan untuk sukan air dan rekreasi. Kelab Tasik Putrajaya ini terkenal untuk reka bentuknya yang bertemakan kapal dan  suasana yang ekslusif. Fasiliti sukan dan rekreasi yang lengkap menjadikan kelab tasik ini pusat latihan bagi aktiviti-aktiviti yang melibatkan sukan air antaranya kayak, rowing, kolam renang dan sebagainya. Pengunjung juga boleh menikmati pemandangan indah yang menunjukkan  mercu  tanda Putrajaya seperti  bangunan  Perdana Putra, Masjid Putra, Taman Botani dan Istana Melawati. Manakala terdapat ruang untuk majlis yang boleh menampung hingga 1000 orang di tepi tasik ini. 

    https://kelabtasikputrajaya.com.my/

    2.9398° N, 101.6879° E


    Kelab Tasik Putrajaya