• Senibina Ikonik


    Istana Melawati

    Istana Melawati merupakan istana kedua Yang di-Pertuan Agong Malaysia selepas Istana Negara. Terletak di puncak tertinggi Putrajaya, ia merupakan sebuah istana singgah selain turut digunakan untuk tujuan mesyuarat umum, mesyuarat tertutup serta tempat perjumpaan Pemerintah dan ketua-ketua negeri. Pembinaan istana bermula pada 1999 dan siap sepenuhnya pada 2002. Berkonsepkan resort, ia merupakan istana moden pertama negara yang menggunakan nilai adaptasi senibina di raja melayu dalam reka bentuknya. Salah satu seni bina paling menarik yang amat sinonim dengan alam Melayu ialah binaan bumbung perabung lima. Melawati secara harafiah bermakna menara kawalan. Nama istana ini diberi oleh Yang di - Pertuan Agong Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang sinonim dengan Selangor. Bumbung tiga lapis dengan anjung terperinci dan 'buah butong' tembikar menampakkan cubaan menjelma semula rekabentuk bumbung melayu asli tradisi pantai timur.

    2.9453° N, 101.7008° E

    Istana Melawati