• Senibina Ikonik


    Istana Kehakiman

    Istana Kehakiman yang terletak di Presint 3 terdiri daripada bangunan lima tingkat untuk badan kehakiman dan bangunan dua tingkat yang menempatkan mahkamah dan pejabat. Konsep reka bentuk bangunan mempunyai ciri seni bina islam serta mengambil kira ciri-ciri reka bentuk Jabatan Perdana Menteri dan juga pembangunan di sekitar Presint 3. Menggunakan kemasan batu granit untuk permukaan luar dan kemasan jubin mozek berkilat digunakan pada bahagian kubah. Reka bentuk Istana Kehakiman menggabungkan pengaruh budaya islam klasik seperti Taj Mahal di India, budaya Moor, seperti Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur dan pengaruh klasik barat, seperti Palladian. Reka bentuk klasik memberikan kedalaman pada permukaan bangunan dan menciptakan fasad yang  diartikulasikan menarik.

    https://www.kehakiman.gov.my/

    2.9171° N, 101.6858° E

    Istana Kehakiman