• Pelancongan Kesihatan & Wellness


    Institut Kanser Negara

    Institut Kanser Negara merupakan sebuah hospital yang dibina dengan peralatan canggih dan teknologi maklumat terkini. Pembinaannya bertujuan memberikan kemudahan khusus dalam rawatan dan perubatan pesakit-pesakit kanser serta menangani segala keperluan yang semakin meningkat berkaitan dengan isu-isu kanser dalam negara. Terletak di Presint 7, bersebelahan Hospital Putrajaya, ia mudah diakses menerusi lingkaran Putrajaya dan Lebuh Sentosa. Perkhidmatan utama yang disediakan adalah Radioterapi & Onkologi, Perubatan Nuklear, Pembedahan Onkologi dan Perawatan Paliatif. Perkhidmatan lain yang disediakan ialah klinik pakar, pesakit dalam, rawatan harian dan sokongan klinikal. IKN direka dengan menggunakan reka bentuk yang mesra pengguna dan mempunyai senibina, reka bentuk dalaman dan landskap yang menarik bagi mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pemulihan dan penyembuhan. 

    https://nci.moh.gov.my/

    2.9269° N, 101.6739° E 

    Institut Kanser Negara