• Meeting, Incentive, Conference, Exhibition (MICE)


    Hotel DoubleTree Putrajaya Lakeside

    Terletak 5 minit dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 20 minit dari IOI City Mall serta Wetlands Putrajaya Park dan 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), DoubleTree Putrajaya Lakeside menawarkan penginapan bertaraf 5 bintang dengan keluasan 4 ekar berhampiran Tasik Putrajaya.

    Hotel ini terdiri daripada 290 bilik untuk tetamu hotel, dan juga menyediakan 10 jenis kemudahan untuk memudahkan setiap urusan pelanggan hotel. Antaranya bilik non-smoking yang dilengkapi flat-screen TV berserta saluran HD, 24-hour room service dan Wi-fi untuk ahli Hilton Honors. Hotel ini juga mempunyai 22 bilik mesyuarat dan sebuah “ballroom” untuk sebarang majlis dan persidangan.


    2.8984 N, 101.6700 E

    https://www.hilton.com/en/hotels/kulprdi-doubletree-putrajaya-lakeside/

    Hotel Double Tree Putrajaya