• Hospital Kerajaan dan Klinik Kesihatan Awam


    Hospital Putrajaya Presint 7


    Hospital Putrajaya yang terletak di tapak seluas 11 hektar di Presint 7, merupakan salah sebuah hospital yang dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan teknologi maklumat. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah rundingan pesakit luar, surgeri am, traumatologi, ENT (telinga, hidung dan tekak), pediatrik, orthopedik, obstetrik, pergigian, ginekologi dan psikiatri. Dibina dalam dua fasa, Fasa 1 menawarkan sejumlah 272 buah katil. Jumlah katil akan bertambah kepada 480 buah apabila Fasa 2 siap kelak.

    Maklumat Tambahan

    Alamat:
    Hospital Putrajaya
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    Presint 7
    62250 Putrajaya
    Tel : 03-8888 0080
    Faks : 03-8888 0137

    Waktu Pejabat:
    8.00 pagi - 4.30 petang

    Waktu Operasi:
    24 Jam