• PROGRAM LA21 PUTRAJAYA


    Fat To Fit@Putrajaya


    Program ini menfokuskan teknik penurunan berat badan melalui amalan sihat dan selamat serta dipantau oleh pakar kesihatan dan pemakanan.

    Objektif utama program adalah : 

    1. Mewujudkan program yang membentuk Komuniti Lestari dan Sihat yang selaras dengan matlamat Sustainable Development Goals (SDG’s).
    2. Menggalakkan amalan gaya hidup sihat selaras dengan hasrat untuk membentuk Putrajaya ke arah Bandar Sihat.
    3. Membantu membendung masalah berat badan dan obesiti komuniti.
    4. Memberi latihan dan bimbingan individu yang mempunyai masalah berat badan berlebihan untuk menurunkan berat badan bagi meningkatkan tahap kesihatan individu dan komuniti.

    Pelaksanaan Program Fat To Fit@Putrajaya ini adalah selaras dengan matlamat pembangunan mampan Sustainable Development Goals (SDG) iaitu:

    1.  SDG 3 : Kesihatan yang Baik dan Sejahtera (Good Health and Well-Being)
    2. SDG 11 : Bandar dan Komuniti Mampan (Sustainable Cities and Communities)
    3. SDG17 : Perkongsian untuk Matlamat (Partnership for the Goals).


    1) Program Fat To Fit Virtual@Putrajaya 2021

    - Tempoh Pelaksanaan : 1 Ogos hingga 18 September 2021 (18 sesi latihan serta ceramah kesihatan)

    - Penglibatan : 130 orang

    - Kerjasama  : Syarikat Fat To Fit Enterprise

    Fat to Fit Virtual


    2) Program Fat To Fit@Putrajaya 2022

    - Tempoh Pelaksanaan : 13 Jun hingga 21 Julai 2022 (12 sesi latihan serta 2 sesi webinar) 

    - Penglibatan : 135 orang

    - Kerjasama  : Syarikat Fat To Fit Enterprise