PROGRAM LA21 PUTRAJAYA
Explorasi Ilmu LA21
Program Explorasi Ilmu LA21 bertujuan untuk meninjau pelaksanaan program-program kelestarian bagi membolehkan peserta mempelajari dan diberi pendedahan berhubung `best practices’ dan amalan perkongsian pintar yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi lain di samping dapat memantapkan dan mengukuhkan pembangunan LA21 Putrajaya.
Program ini memenuhi dan selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals) iaitu:
- SDG 3 : Kesihatan yang Baik dan Sejahtera (Good Health and Well-Being)
- SDG 4 : Pendidikan Berkualiti (Quality Education)
- SDG 8 : Pekerjaan yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi (Decent Work and Economic Growth)
- SDG 11 : Bandar dan Komuniti Mampan (Sustainable Cities and Communities)
- SDG17 : Perkongsian untuk Matlamat (Partnership for the Goals)
1) Explorasi Ilmu LA21 Bersama PerWEP ke Taiping, Perak
- Tarikh : 13 hingga 15 Februari 2022
- Peserta: 45 orang
- Kerjasama : Persatuan Warga Emas Putrajaya (PerWEP)
Lawatan bertujuan untuk meninjau, mempelajari dan berkongsi pengalaman dengan Majlis Perbandaran Taiping yang telah mendapat pelbagai penghargaan dan anugerah di peringkat antarabangsa sebagai sebuah Bandar Mesra Usia (Age Friendly City) di rantau Asia Tenggara dengan perlaksanaan pelbagai inisiatif dan kriteria penting yang digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
2) Explorasi Ilmu LA21 Selangor Fruit Valley, Selangor dan Anjung Kelana, Kuala Lumpur
- Tarikh : 19 Julai 2022
- Peserta: 45 orang
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau, mempelajari dan berkongsi pengalaman dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor berhubung cara pelaksanaan program pertanian yang dapat meningkatkan pendapatan penduduk dan secara tidak langsung dapat mempromosi kebun komuniti ke arah Agro-Pelancongan.