Putrajaya Low Carbon Green City
Quick Fact
Inventori Tahap Pelepasan Gas Rumah Hijau Putrajaya 2021
Di samping itu, Perbadanan juga mula menjalankan inventori pelepasan gas rumah hijau (GHG) di Putrajaya sejak 2012 sebagai langkah pengukuran pencapaian inisiatif bandar hijau yang telah dijalankan. Inventori pelepasan gas rumah hijau (GHG) Putrajaya bagi tahun 2021 menunjukkan jumlah pelepasan karbon adalah 1,480ktO2eq. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding dengan tahap pelepasan pada tahun 2020 iaitu 1,298ktCO2eq.
Inventori tersebut merangkumi tiga sektor utama iaitu bangunan, pengangkutan (darat) dan sisa pepejal. Sektor bangunan merupakan penyumbang GHG utama iaitu 48% daripada jumlah pelepasan GHG.