• Annoucements

    Share
    Public
    16 Jun - 31 Aug 2020

    Kerajaan telah beri kebenaran kepada Penjaja Sementara, Bazar Kompleks Kerajaan, Pasar Tani, Kedai Gunting Rambut, Saloon, Pusat Kecantikan di Wilayah Persekutuan bermula 15 Jun 2020.

    Bagi tujuan pengawalan, pemantauan dan penguatkuasaan aktiviti penjaja sementara secara terkawal dan mematuhi Undang-Undang Kecil (UUK) WP Putrajaya 2016, kesemua permohonan bagi tujuan penganjuran bazar / jualan penjaja sementara secara terbuka di Wilayah Persekutuan Putrajaya, hendaklah di pohon terlebih dahulu daripada PPj. Pihak Penganjur / Peniaga hendaklah mematuhi SOP dan Garis Panduan Penjaja Sementara yang telah ditetapkan oleh PPj dari semasa ke semasa.

    Rondaan akan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa bagi mempertingkat di tempat tumpuan awam bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dipatuhi. Sebarang permohonan hendaklah merujuk kepada SOP dan borang tersebut di bawah ini.

    SOP - PPj Garis Panduan Pengoperasian Zon Penjaja Sementara

    Borang Permohonan Dan Senarai Semak Penganjuran Penjaja Sementara